KEDAI TAYAR MURAH DI BUKIT KEMUNING | Saya ingin menulis cerita
tentang sebuah kedai tayar yang dikatakan murah terletak di Bukit
Kemuning, Klang. Kedai ini bernama OSCAR Tyre Sdn Bhd. Menurut kata papa
ramai orang beritahu bahawa kedai tersebut menjual tayar pada harga
murah. Tujuan kami pergi ke sana semata-mata untuk tukar tayar
kereta mama.
OSCAR Tyre Sdn Bhd |
Saya tak pastilah sama ada kedai tayar tersebut menjual tayar pada harga
murah atau sebaliknya tapi saya amat tertarik dengan susunan
tayar-tayar yang banyak. Apabila kami sampai memang terlalu ramai orang sehingga saya dan mama terpaksa menunggu lama. Di situ ramai orang tukar tayar
Mama kata : "Power juga business kedai tayar di sini.. Semua kerana marketing strategy."
Tayar-tayar jenama Falken |
Saya tak ambil kisah sangat tentang harga tayar yang ditawarkan tetapi
apa yang menarik perhatian saya ialah susunan tayar dan tempat meletakkan stok tayar disimpan dalam container.. Banyak tayar jenama Falken. Saya rasa terpegun kerana tidak pernah nampak tayar-tayar begitu banyak.
Posing dengan tayar |
Sementara menunggu tayar kereta mama ditukar saya sempat mengambil gambar sebagai kenangan.
Saya rasa macam nak masuk dalam tayar tu jer. Mama pernah cerita yang
semasa kecil mama pernah masuk dalam tayar tractor baru yang datuk saya
beli ketika bermain bersama sepupu. Untuk pengetahuan pembaca, datuk saya memiliki kedai membaiki
jentera berat.
Orang ramai sudah berkurangan |
Sesiapa antara pembaca abang, kakak, aunty dan uncle yang ingin tukar tayar boleh survey harga tayar di sini.
Facebook page : OSCAR TYRE SDN BHD
Saya ada baca di Facebook mengenai reviews kedai tayar ini, ada reviews
positif dan negatif so kena pandai menilai. Tak cuba kita tak tahu..
Setakat ini sahaja post saya. Kita jumpa lagi di next post.
Bye..
Regards,
No comments:
Post a Comment