The Redza Post

A blog expressing my happiness through daily lifestyle, hobby and simple living.

Tuesday, October 29, 2019

Tiger King On Fire plus Boba by Coolblog Sedap!

TIGER KING ON FIRE plus BOBA by CoolBlog SEDAP | Hari ini saya ingin menceritakan berkongsi cerita tentang boba dalam minuman milk tea. Saya pasti minuman boba tidak asing lagi pada zaman sekarang kerana ia sudah menjadi viral. 
Outlet Coolblog
Walaupun minuman boba ini sudah lama di pasaran namun saya hanya berpeluang merasainya buat pertama  kali pada minggu lalu. Saya beli minuman boba berjenama Coolblog di Mydin Mall Seremban 2. 
 
Menu minuman di Coolblog
Menurut kata mama saya, boba diperbuat daripada tepung ubi. Selepas saya beli boba ini saya rasa amat teruja dan excited. Jadi saya bercadang untuk buat boba sendiri bersama mama suatu hari nanti.
  
Falboured milk tea
Saya suka rasa boba yang terdapat dalam thai milk tea ini, sangat sedap ditambah pula rasa manis gula melaka. Selepas ini saya pasti ingin mencuba boba Hari Harimau di kedai yang sama.
Ini minuman saya
Inilah pesanan saya.. Saya beli jenis Tiger King On Fire. Ianya dalam kategori minuman Series 1 tahun 2019 dan tergolong dalam limited time offer. Terdapat 2 pilihan iaitu thai milk tea atau coffee. Saya pilih jenis Tiger On Fire Thai Milk Tea yang berharga RM8.80.


Tiger King on Fire Series 1
Lihat ada cheese terbakar di atas permukaan air ini. Cheese ini dinamakan cheese mousse creme brulee.. Sedap sungguh rasanya. Apabila cheese dibakar ia seakan corak bulu harimau.

Cheese mousse creme brulee
My boba milk tea
Minuman ini sedap diminum ketika cuaca panas. Memang tepat sekali waktu selepas saya pulang dari sekolah. Saya pilih kurang manis.
Muka puas hati dapat boba milk tea dari Coolblog
Nampak tak betapa ceria raut wajah saya? Mestilah rasa happy selepas dapat rasai sendiri boba milk tea viral. Kalau anda korang teringin nak minum boba milk tea bolehlah anda korang beli di mana-mana outlet Coolblog terdekat. Sebelum itu boleh layari website Coolblog di sini ->  Coolblog Malaysia.
Semoga berjumpa lagi di lain post. Byeee.


Regards,



No comments:

Post a Comment

Instagram @redza.channelz

You May Also Like

Stay Connected