MINUM PETANG DI SUKAND'S FOOD STATION, PORT DICKSON | Semalam saya sekeluarga berjalan-jalan bersiar-siar di Port Dickson untuk menikmati angin petang. Pada petang itu cuaca redup kerana matahari mulai turun. Air laut ketika itu sedang pasang.
Saya minum petang bersama keluarga di Sukand's Food Station terletak
berhampiran Terminal Bas Port Dickson. Kami sekeluarga sudah pernah
berkunjung ke restoran ini.
|
Sukand's Food Station di Port Dickson |
Kami mengambil tempat di meja nombor R3. Selepas kami mengambil tempat
duduk, pelayan restoran mengambil pesanan. Saya telah memesan minuman
kegemaran iaitu milo tabur, mama memesan epal asam boi manakala papa
memesan cendol.
|
Nombor meja R3 |
Saya rasa lapar dan teringin makan western food. Saya pesan spaghetti
cabonara, mama memesan lamb chop kegemaran mama manakala papa memesan
nasi ayam hainan. Satu set meatballs dan fries ini kami pesan untuk
kongsi dan makan sama bersama.
|
Meatballs and fries |
|
Meatballs and fries with black pepper sauce |
Untuk pengetahuan pembaca, restoran Sukand's Food Station ini terkenal dengan
makanan
hidangan nasi ayam hainan. Saya pernah memesan nasi ayam hainan ini dan
rasanya sedap. Nasi ayam ini lembut dan ayam panggang garing.
|
Nasi ayam hainan |
Makanan kegemaran mama ialah lamb chop dimakan bersama sos black pepper.
Saya ada meminta sedikit lamb chop ini. Sedap kerana daging yang
lembut. Sos black
paper pepper juga tak pedas dan sedap. Lamb chop ini dihidangkan bersama fries dan daun salad.
|
Lamb chop with fries |
Ini pula makanan kegemaran saya iaitu spaghetti carbonara. Pertama kali
saya memesan menu ini di sini. Rasa spaghetti carbonara ini sedap kerana
terdapat sosej, cendawan dan keju. Saya suka mozzarella dan parmesan
cheese.
|
Spaghetti carbonara |
Saya suka makan spaghetti carbonara ini bersama milo tabur sejuk.
Puas hati sebab semua makanan yang saya makan di restoran ini sedap. Saya amat berpuas hati dengan semua makanan yang dipesan di restoran ini kerana rasanya sedap.
|
Milo tabur |
Okay inilah gambar saya sedang menikmati spaghetti carbonara.
|
Ini saya |
Semua makanan ini berjumlah RM49.50. Harga
untuk setiap makanan dan minuman seperti yang
ditunjukkan tertera pada resit.
|
Resit di Sukand's Food Station Port Dickson |
Selepas minum petang, kami menuju ke Port Dickson Waterfront untuk
menikmati angin petang yang sepoi-sepoi bahasa. Ombak kuat ketika itu.
Saya dan mama bergambar sebelum pulang ke rumah. Papa tunggu dalam
kereta kerana tak mahu berpanas, hehehehe
|
Port Dickson Waterfront |
Saya sedang memandang kapal yang sedang bergerak dipukul ombak.. Setakat ini sahaja. Terima kasih sudi baca blog saya..
Regards,
No comments:
Post a Comment