KENANGAN TAEKWONDO GRADING | Pada 31.10.2019 lalu Facebook mama saya telah menunjukkan memories
mengimbas kenangan semasa saya grading pada tahun 2017 dari tali
pinggang kuning ke oren. Untuk pengetahuan pembaca, grading dalam seni
mempertahankan diri taekwondo merupakan kenaikan peringkat atau pangkat
seseorang pengamal.
Taekwondo grading |
Post di atas telah dimuatnaik oleh Teacher Syed iaitu Principal Smart
Readers tempat saya transit semasa darjah 3. Ketika itu saya mengikuti
kelas teakwondo Vision yang terkenal di Seremban selama 2 tahun
berturut-turut. Cepat sungguh masa berlalu.
Kawan-kawan taekwondo |
Di sini, saya ingin berkongsi cerita pengalaman saya
semasa taekwondo grading. Semasa grading saya rasa berdebar kerana ianya
dijalankan secara beramai-ramai mengikut peringkat.
Taekwondo grading |
Grading diadakan dalam sebuah dewan. Setiap peringkat diadili oleh
seorang berpangkat Master memakai talipinggang hitam. Saya dikehendaki
membuat barisan seramai 6 orang.
Grading |
Master akan memberi command dan kami dikehendaki mengikut langkah yang
telah diajar. Setiap langkah akan diperhati dengan teliti bagi tujuan memberi markah pemarkahan.
Selepas turn saya perasaan lega tak dapat saya gambarkan. Syukur
alhamdulillah ianya sudah berlalu dan saya telah lulus serta layak
memakai tali pinggang kuning.
Sekarang saya sudah tidak mengikuti kelas taekwondo disebabkan jadual akademik yang ketat kerana tahun 2020 nanti saya akan menduduki peperiksaan UPSR. Saya berhenti di peringkat tali pinggang hijau (6th keup).
Sekarang saya sudah tidak mengikuti kelas taekwondo disebabkan jadual akademik yang ketat kerana tahun 2020 nanti saya akan menduduki peperiksaan UPSR. Saya berhenti di peringkat tali pinggang hijau (6th keup).
Begitulah cerita tentang kenangan saya semasa menjalani grading. Terima
kasih sudi baca. Kalau sudi sila tinggalkan komen. Kepada pembaca yang
ada pengalaman menyertai mana-mana sebarang martial art boleh kongsi di ruangan komen.
Regards,
No comments:
Post a Comment