SANTAI PETANG DI PORT DICKSON WATERFRONT | Selamat Tahun Baru saya ucapkan kepada semua pembaca blog ini.. Umum mengetahui bahawa Port Dickson Negeri Sembilan merupakan salah satu tempat peranginan popular di Malaysia. Ianya juga dekat dengan rumah saya, hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit perjalanan menaiki kereta.
Port Dickson Waterfront |
Semasa cuti sekolah akhir tahun lalu, sepupu saya dari Muar datang ke rumah. Kami sekeluarga bawa dia mengambil angin petang di Port Dickson.
Port Dickson Waterfront |
Apabila ke Port Dickson, kawasan menjadi tumpuan utama saya sekeluarga
ialah di PD Waterfront. Kawasan di PD Waterfront seperti sebuah pekan
yang terletak di tepi pantai.
Sebelum ke Port Dickson Waterfront, kami singgah di pasar malam di Batu
4, Jalan Pantai. Saya beli jagung dalam cup dan bawa ke PD Waterfront
untuk makan sambil bersantai.
Restaurant McDonalds & tapak gerai |
Banyak tarikan menarik disediakan di PD Waterfront selain hotel , antaranya restaurant McDonalds, Starbuck, Kenny Rogers, Pasaraya TF, food trucks, kedai pakaian, gerai makan dan sebagainya. Saya suka lepak sambil makan snek atau makanan segera yang dibeli di McDonalds atau Starbucks.
Starubucks Coffee |
Terdapat juga aktiviti riadah bersama keluarga dengan bermain belon
sabun dan menaiki basikal. Ianya disediakan untuk semua peringkat usia.
Aktivit memancing di persisir pantai |
Teruja melihat kapal laut |
Ramai orang bersantai di tepi pantai |
Kapal laut berlalu |
Terasa tenang melihat air laut ditambah pula cuaca redup hingga tak sedar jam sudah menunjukkan pukul 7.00 malam.
Persisiran pantai Port Dickson |
Overall, saya memang suka pergi ke Port Dickson Waterfront. Ianya sangat sesuai sebagai tempat beriadah bersama keluarga. Kita boleh makan-makan dan tengok pemandangan laut.
Regards,
No comments:
Post a Comment