The Redza Post

A blog expressing my happiness through daily lifestyle, hobby and simple living.

Sunday, January 26, 2020

Kasut Vans Old Skool Saya

KASUT VANS OLD SKOOL SAYA | Lama saya tak buat post dalam blog ini.. Sempena cuti Tahun Baru Cina ini saya mengambil kesempatan menulis tentang perasaan gembira setelah mendapat kasut idaman..

Pada 12.01.2020 lalu saya ke MesaMall di Nilai untuk window shopping bersama keluarga.. Kami tidak pernah sampai ke sini sebelum ini.. Pada pendapat saya MesaMall ini sama seperti mall biasa yang pernah saya kunjungi. Mama sahaja yang teruja kerana mama suka beli groceries di Jaya Grocer..

Semasa berjalan-jalan dalam mall, saya ternampak kedai kasut Original Classic. Saya suka masuk ke kedai kasut kerana saya suka kumpul kasut berjenama selain melihat koleksi kasut bola terkini. Tiba-tiba saya terpandang pelbagai jenis kasut jenama Vans dipamerkan di satu sudut. Saya mula teruja kerana selama ini saya memang ingin memiliki kasut Vans. Walaupun saya anak tunggal dalam keluarga tetapi tak semua apa yang saya nak dituruti oleh ibubapa saya.

Vans Shoes

Selama ini saya hanya mampu lihat kasut Vans di outlet FootLocker dan menyimpan hasrat untuk beli sendiri dari hasil wang saku sekolah.. Berapa sangat saya boleh simpan sedangkan harga kasut Vans ini sekitar RM219.00 hingga RM389.00.

Check harga di sini sebagai rujukan : FootLocker - Vans Old Skool Shoes

Rezeki saya ada pada hari itu.. Saya membelek-belek kasut Vans ini.. Mama bertanya kepada saya sama ada saya minat atau tidak kasut Vans yang saya pegang itu kerana ianya jenis koleksi lama.. Saya tidak kisah sama ada koleksi lama atau baru yang penting ianya jenama Vans  original. Mama terus memanggil pembantu jualan untuk meminta saiz..

Menunggu kasut Vans

Oleh kerana terlalu teruja, saya pun menanggalkan kasut dan menunggu pembantu jualan mencari saiz yang diminta..

Mencuba kasut Vans
Saya sungguh gembira apabila kasut Vans tadi ada saiz saya..

Bergaya di depan cermin

Saya pun cuba memakai kasut tersebut dan menggayakan di depan cermin.. Bila saya pakai kasut itu rasa sangat selesa dan terasa lembut apabila dipijak.

Vans Old Skool Gibraltar Sea / True White 

Inilah kasut Vans saya.. Kasut ini dari koleksi Old Skool. Nama kasut ini Vans Old Skool Gibraltar Sea / True White berharga RM179.00.

Vans Old Skool Gibraltar Sea / True White
Vans Old Skool Gibraltar Sea / True White - dari belakang
Vans Old Skool Gibraltar Sea / True White - bahagian dalam kasut
Vans Old Skool Gibraltar Sea / True White - bahagian sisi

Saya rasa sungguh gembira.. Saya terus meminta pembantu jualan memasukkan kasut lama saya ke dalam kotak.

Bergaya dengan kasut Vans

Saya pulang dengan memakai kasut Vans baru yang selama ini saya impikan..  Saya akan jaga kasut ini sebaik mungkin.

Begitulah cerita saya memilik kasut Vans pertama. Saya tulis cerita ini sebagai kenangan dan berkongsi cerita dengan pembaca blog saya.

Terima kasih sudi baca cerita saya.

Hasil tulisan, 

No comments:

Post a Comment

Instagram @redza.channelz

You May Also Like

Stay Connected