The Redza Post

A blog expressing my happiness through daily lifestyle, hobby and simple living.

Saturday, June 22, 2019

Kasut Bola Kesayangan Saya

Hari ini saya ingin menulis tentang kasut bola atau football boots kesayangan saya. Saya masih ingat ketika itu usia saya 5 tahun. Saya dan keluarga berjalan-jalan di Paradigm Mall Kelana Jaya. Papa membawa saya masuk ke sebuah kedai (nama kedai tak ingat) di mana kedai tersebut menjual kasut berjenama pada harga mampu milik. 

Kasut Bola Kesayangan Saya
Papa menawarkan saya sepasang kasut bola kerana cantik dan sesuai untuk saya. Pada usia itu saya tak tahu pilih kasut apa kesukaan saya. Saya pun suka bila papa beli kasut baru dan kasut bola itu juga cantik. 

KASUT BOLA PERTAMA : CHAMPION SOCCER CLEAT FOOT CRAMPONS

Champion Soccer Cleat Foot Crampons
Inilah kasut bola yang saya maksudkan ialah kasut bola pertama saya. 
Champion Soccer Cleat Champons - Blue Azul Bleu
Champion Football Boots size EUR 31
Kasut bola ini jenama Champion bernama Soccer Cleat Champons - Blue Azul Bleu saiz EUR 31. 

Champion Soccer Cleat Foot Crampons
Kasut ini saya tidak pernah pakai hingga saiz kaki saya tidak muat. Maka saya simpan jadikan sebagai kenangan.

KASUT BOLA KEDUA : NIKE MERCURIAL JR VAPOR 12
Ini pula boot saya yang kedua jenama Nike jenis Mercurial Jr Vapor 12. 

Nike Mercurial Jr Vapor 12 Club
Saya masih ingat ketika itu saya terpilih untuk bermain bola di peringkat sekolah tetapi malangnya coach tidak memilih saya untuk ke peringkat seterusnya. Saya agak kecewa tetapi mama memberitahu saya supaya terus berusaha. Saya tidak terpilih kerana tiada skill bermain bola sepak. Jadi mama mengambil keputusan untuk menghantar saya menyertai Kelab Bolasepak Seremban 2 (S2FC) iaitu sebuah akademi pembangunan bolasepak akar umbi (grassroots football academy) yang diterajui oleh pasangan kembar pemain bola sepak kebangsaan iaitu Aidil Zafuan & Zaquan Adha.

Saiz EUR 36.5
Kasut ini saya beli di aL-ikhsaN Sports cawangan Seremban 2. Saya pakai saiz EUR 36.5.

Nike Mercurial Jr Vapor 12 Club 
Saya guna kasut ini hingga sekarang sepanjang latihan bolasepak di akademi tersebut. Kasut ini tahan lasak dan masih selesa walaupun sudah 8 bulan digunakan.

 Saya suka kasut bola ini kerana cantik dan ianya dipakai oleh Cristiano Ronaldo (CR7).

Cristiano Ronaldo and his Nike Mercurial Vapor
Ini pula saya bukan Neymar Jr tau, opss perasan, hehehe
Sekian sahaja cerita tentang kasut bola saya. Dalam entry akan datang saya akan cerita tentang kasut bola idaman saya. Kita jumpa lagi dalam entri akan datang.
Rujukan kasut bola : Football-Boots


Regards,



No comments:

Post a Comment

Instagram @redza.channelz

You May Also Like

Stay Connected