The Redza Post

A blog expressing my happiness through daily lifestyle, hobby and simple living.

Tuesday, December 10, 2019

RESTORAN JOINT KITCHEN, DATARAN CENTRIO SEREMBAN | Restoran Joint Kitchen pasti tidak asing bagi penduduk Seremban terutama mereka yang bekerja di pejabat kerana restoran ini menjadi tumpuan semasa waktu makan tengah hari. Saya sendiri suka makan di restoran Joint Kitchen bila balik dari sekolah.

Mural yang terdapat di Restoran Joint Kitchen
Makanan di situ sedap dan terasa seolah-olah makan di rumah kerana suasana restoran santai di samping menu yang menarik. 

Mee kari

Terdapat masakan Melayu seperti sambal berlado, kari, soto, asam pedas dan gulai yang sememangnya popular di Negeri Sembilan selain Western food.

Set asam pedas ikan tenggiri
Setiap kali berkunjung ke sini, mama akan pesan set asam pedas tengiri. Set ini dihidangkan bersama sayur, sambal belacan dan telur masin. Minuman pula mama suka air apple asam boi. Selain ikan tenggiri, terdapat asam pedas ikan kembong, pari, parang dan daging.

 
Spaghetti Cabonara

Makanan kegemaran saya setiap kali berkunjung ke sini ialah Creamy Carbonara iaitu spaghetti dimasak dengan sos carbonara manakala saya akan order Milo ais. Antara Western food lain seperti deed fried chicken chop, grill chicken chop, grill lamb chop + fried rice. 


Terdapat juga beberapa jenis burger seperti Frito Burger, Krusty Burger dan Cheese Steak Burger. 

Vanila Smoothie with Vanila Ice Cream
Selain Milo ais, saya juga pernah memesan chocolate smoothis with vanila ice cream yang lazat. 

Saya di Joint Kitchen
Sesiapa yang ingin berkunjung ke Joint Kitchen boleh ikut alamat di bawah:

Instagram : @jointkitchen.36


Regards,



Saturday, December 7, 2019

KOLEKSI GAMBAR KEK HARI LAHIR SAYA | Saya masih ingat ketika berusia 4 tahun sebelum ke pejabat mama akan hantar saya ke taska. Saya suka duduk di taska sebab ada ramai kawan. Setiap kali sambutan hari lahir mama akan beli kek tema kartun kegemaran saya. Kek tersebut akan dimakan bersama kawan-kawan di taska. Hari lahir saya disambut secara kecil-kecilan di taska bersama guru-guru. 

Kek Ben10
Ini kek Ben-10 semasa saya berumur 4 tahun.

Kek Ben10
Selain kek kawan-kawan dan guru-guru turut dijamu dengan cheese tarts perisa strawberry dan coklat.

Cheese tarts
Saya akan memberi mengagihkan setiap seorang 1 cheese tart dan 1 coklat kepada semua kawan-kawan.

Lolichoc
Semasa umur saya berumur 5 tahun, mama tempah kek tema Batman. Saya minta kek Batman pada ketika itu dan tema warna biru kerana warna biru warna kegemaran saya.

Kek Batman
Selain kek, mama turut menempah homemade coklat. Ada tertera nama saya pada pembalut coklat tersebut.

Homemade chocolate
Di samping coklat, ada juga roti bun sosej untuk kawan-kawan dan guru-guru.

Roti bun sosej
Apabila usia saya 6 tahun, kek saya bertemakan Lego kerana saya suka bermain dan mengumpul Lego. 
  
Kek bentuk Lego
Beginilah bentuk kek Lego saya, berwarna-warni.. Kek ini berperisa coklat.

Kek bentuk Lego
Selain kek, saya beri kawan-kawan saya lolichoc bentuk muffin yang berwarna-warni..

Lolichoc
Lolichoc
Begitulah kenangan koleksi gambar kek hari lahir saya.. Apabila saya melihat gambar kek-kek tersebut saya rasa rindu kepada kawan-kawan semasa di taska. Ada beberapa orang saya masih jumpa di sekolah tetapi selebihnya kami berpisah.

Instagram @redza.channelz

You May Also Like

Stay Connected